Wednesday, 23 March 2011

Nadi Pengerak.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua yang sudi meluangkan masa untuk melawat blog ini. Pada ruangan kali ini, saya ingin menceritakan tentang pemilihan enjin yang saya yakini sesuai untuk diletakkan didalam ruang enjin kereta saya ini.
Antara senarai yang dibuat dan hasil pendapat dari sahabat yang memberi idea adalah seperti berikut : -

  • Enjin Isuzu Trooper model Big Horn(diesel engine hijau 2.5cc).
  • 4G63T dari Mitsubishi Lancer Evolution 3.
  • SR20 DET dari Nissan Silvia S15.
  • 1JZ-GTTE dari Toyota Supra.(pilihan saya)
  • 2JZ-GTE dari Toyota Supra.
  • Nissan RB25DET dari Nissan Skyline R33@R34.
  • Enjin Toyota Land Cruiser 4.0cc.
 Antara model half-cut pilihan : -
    Toyota Supra.

    Enjin 1JZ-GTTE.

    Nissan Silvia S13(SR20DET).

    Mitsubishi Lancer Evolution III(+/-RM8k,depan sahaja).

    Enjin 4G63T yang cukup "buas" dan berkuasa.


    Selepas semua aspek diambil kira, dari segi kos, prestasi, ruangan enjin, kesukaran pemasangan dan keselesaan pemanduan(samada jarak jauh atau dekat). Saya mengambil keputusan untuk menggunakan dan Half-Cut Toyota Supra 1JZ-GTTE(tanpa bercakap dengan pomen lebih dulu).
    Tetapi setelah sesi perbincangan dengan pomen yang bersetuju untuk menukar nadi penggerak kereta saya itu, beliau memberikan pandangan mengatakan bahawa enjin Nissan Skyline RB25DET lebih berkuasa dan proses pemasangannya pada kenderaan saya adalah lebih senang berbanding enjin enjin lain. Dan beliau sendiri pernah memasangkan enjin RB20DET pada kenderaan(sama model seperti kereta saya) pelanggannya yang terdahulu.
    Dari pandangan beliau itu, saya mengalah dan mula mencari half-cut dari model yang beliau cakapkan iaitu enjin RB25DET dari Nissan SkyLine dari model R33 GT-S. Pemilihan untuk mencari dan membeli half-cut dari model R33 adalah disebabkan model R34 lebih mahal harganya berbanding R33. Dengan harga hampir pencecah RM15k.
    Dengan modal yang tidak seberapa besar untuk merialisasikan impian saya ini, saya membeli half-cut Nissan Skyline R33 GT-S dengan enjin RB25DET yang berharga RM5k. Setelah direkemenkan oleh pomen yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjalankan kerja menukar nadi penggerak kereta saya ini. Keadaan half-cut  yang dipilih adalah amat baik dan bagus bagi saya setelah mendengar deruman enjin dari half-cut tersebut.

    Half-cut yang dibeli : -

    Nissan SkyLine R33 GT-S(RM5k).

    RB25DET.

    Paparan dashboard R33.

    Setakat ini sahaja paparan untuk kali ini. Diharap bertemu kembali dengan paparan perjalanan kisah modifikasi standard ini di paparan yang akan datang. -Sekian-

    No comments:

    Post a Comment