Pada coretan kali ini saya ingin menceritakan tentang barang barang yang saya telah beli dan dapatkan untuk melancarkan kerja kerja menukar enjin Opel Frontera ini. Diatas saranan dan untuk mengemaskan keadaan dan ruangan enjin, 'manifold intake' telah dibuat semula dan kerja kerja mengubah ini telah diserahkan kepada bengkel kejuruteraan yang biasa menjalankan kerja menggunakan 'lathe machine', 'milling machine', 'EDM wire cut' dan 'CNC'. Gambarnya tidak dapat disiarkan kerana tak sempat nak ambil.
Baiklah, sambung kepada kepala cerita barang yang dibeli. Saya telah membeli beberapa barang seperti : -
- Radiator aloi GM Calsonic.
- Silicon radiator hose Samco.
- Intercooler.(sampai 2x beli,..Jasma, ARC dan last skali Apex'i)
- Tangki air-cond universal jenis tapper.
- Timing belt bersama dengan tensional bearing.(Lupa dah brand apa,jenis biasa)
- Belting 3 urat Bando.(jenis 3pk tu yang susah sikit nak cari tu,4pk takde masalah)
- Kipas radiator & air-cond 2 step Volvo.
- Fuel pump Mercedes.
- Bateri GP Atlas.(mula mula tu beli Century,tapi saiz tak kena pulak)
- Paip steel dan elbow berukuran 2.5inch.
- Silicone hose Samco 2.5inch x3.
- Silicone hose Samco 2.5 to 3.0inch x1.
- Silicone hose Mines 3.0inch x1.
- HKS flow loaded air filter.(cap ayam,sampai ke KL cari,nak murah punya pasal)
- HKS filter sponge.
- HKS black limited SQV blow valve.
- Tial wastegate.(tak jadi beli lagi)
- Work fuel regulator.(tak jadi beli lagi)
- Tangki minyak Isuzu Trooper model enjin petrol.
- Adaptor Air Flow.
- Meter meter tambahan tak beli lagi.(sebab takde budget dah,harap maklum)
- Turbo timer Fizz.(sedia ada pada opel frontera saya)
- Steel clip.
HKS Black Limited SQV. |
HKS Flow Loaded Air Filter, Mines 3.25 inch silicone hose dengan Adapter air flow. |
Samco silicone radiator hose. |
Intercooler Apex'i, paiping steel, elbow steel, Samco silicone hose dan clip steel. |
Harga setiap barangan yang dibeli tidak dapat saya nyatakan disini atas sebab sebab tertentu. Ini kerana harga barangan yang dibeli mungkin berbeza nilainya di tempat-tempat lain mengikut mutu.(keasliannya, itu yang penting sebenarnya) HKS SSQV harga RM80 pun ada,biar betul!(saya jumpa dekat uptown Sri Gombak. Barang dalam kotak lagi tu, siap boleh bagi warranty 6 bulan. Dahsyat!)
Tepuk dada, tanya budget dan kemampuan anda,..barang performance yang macam mana kualitinya yang anda mahukan. Barang ori dari jepun ke(saya panggil JDM), made in USA ke, made in Taiwan ke, made in China ke,..anda sendiri yang tentukan. Jumpa lagi. -Sekian-