Friday 25 March 2011

Barang Barang 'Performance' Dan 'Basic' Yang Dibeli.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Pada coretan kali ini saya ingin menceritakan tentang barang barang yang saya telah beli dan dapatkan untuk melancarkan kerja kerja menukar enjin Opel Frontera ini. Diatas saranan dan untuk mengemaskan keadaan dan ruangan enjin, 'manifold intake' telah dibuat semula dan kerja kerja mengubah ini telah diserahkan kepada bengkel kejuruteraan yang biasa menjalankan kerja menggunakan 'lathe machine', 'milling machine', 'EDM wire cut' dan 'CNC'. Gambarnya tidak dapat disiarkan kerana tak sempat nak ambil.

Baiklah, sambung kepada kepala cerita barang yang dibeli. Saya telah membeli beberapa barang seperti : -
  1. Radiator aloi GM Calsonic.
  2. Silicon radiator hose Samco.
  3. Intercooler.(sampai 2x beli,..Jasma, ARC dan last skali Apex'i)
  4. Tangki air-cond universal jenis tapper.
  5. Timing belt bersama dengan tensional bearing.(Lupa dah brand apa,jenis biasa)
  6. Belting 3 urat Bando.(jenis 3pk tu yang susah sikit nak cari tu,4pk takde masalah)
  7. Kipas radiator & air-cond 2 step Volvo.
  8. Fuel pump Mercedes.
  9. Bateri GP Atlas.(mula mula tu beli Century,tapi saiz tak kena pulak)
  10. Paip steel dan elbow berukuran 2.5inch.
  11. Silicone hose Samco 2.5inch x3. 
  12. Silicone hose Samco 2.5 to 3.0inch x1.
  13. Silicone hose Mines 3.0inch x1.
  14. HKS flow loaded air filter.(cap ayam,sampai ke KL cari,nak murah punya pasal)
  15. HKS filter sponge.
  16. HKS black limited SQV blow valve.
  17. Tial wastegate.(tak jadi beli lagi)
  18. Work fuel regulator.(tak jadi beli lagi)
  19. Tangki minyak Isuzu Trooper model enjin petrol.
  20. Adaptor Air Flow.
  21. Meter meter tambahan tak beli lagi.(sebab takde budget dah,harap maklum)
  22. Turbo timer Fizz.(sedia ada pada opel frontera saya)
  23. Steel clip.
HKS Black Limited SQV.

HKS Flow Loaded Air Filter, Mines 3.25 inch silicone hose dengan Adapter air flow.

Samco silicone radiator hose.

Intercooler Apex'i, paiping steel, elbow steel, Samco silicone hose dan clip steel.


Harga setiap barangan yang dibeli tidak dapat saya nyatakan disini atas sebab sebab tertentu. Ini kerana harga barangan yang dibeli mungkin berbeza nilainya di tempat-tempat lain mengikut mutu.(keasliannya, itu yang penting sebenarnya) HKS SSQV harga RM80 pun ada,biar betul!(saya jumpa dekat uptown Sri Gombak. Barang dalam kotak lagi tu, siap boleh bagi warranty 6 bulan. Dahsyat!)

Tepuk dada, tanya budget dan kemampuan anda,..barang performance yang macam mana kualitinya yang anda mahukan. Barang ori dari jepun ke(saya panggil JDM), made in USA ke, made in Taiwan ke, made in China ke,..anda sendiri yang tentukan. Jumpa lagi. -Sekian-

Thursday 24 March 2011

Tahun 2011, Lembaran Baharu, Ceritera Baharu.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Tahun 2011, Lembaran Baharu, Ceritera Baharu.

bersambung sekejap lagi,..nok gi jale rumoh mertua sekijap,..

:-) hehehe,..

Ok, kita bersiaran kembali.
Pada paparan kali ini, bersempena dengan tajuk "Tahun 2011, Lembaran Baharu, Ceritera Baharu." Opel Frontera saya telah mendapat pomen yang sanggup untuk meneruskan atau menyambung kerja 'sekerat jalan' yang telah dibuat oleh pomen sebelum ini.
Pada akhir tahun 2010, saya telah meminta pertolongan seseorang yang boleh saya anggap 'Otai' dalam dunia automotif kelas 'OldSchool'. Anda semua boleh refer kepada majalah "Kereta" atau "MyRides" bilangan berapa saya tak ingat dah,..dimana kereta beliau, Mazda Capella RX2 RE kelabu gelap(cooper gray) dan Fiat 157 merah(burning red) telah menghiasi ruangan majalah yang cukup popular di tanahair kita ini, untuk di rekemenkan kepada saya siapa yang dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah 'sekerat jalan' Opel Frontera saya ini.

Kereta bro 'Otai' yang membantu saya.

Beliau telah memperkenalkan saya kepada pemilik bengkel Syaz Maju Auto yang beroperasi di Machang, Kelantan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Setelah berbincang dan bersetuju, ini adalah antara hasil dari kerja tangan beliau.

Sambung kerja terus,tak cakap banyak.
Uih,biar betul nih!
Mula mula tu takut tengok.
Tawakkal je la tengok.
Memerhatikan dan menengokkan keadaan sedemikian, saya bertanya kenapa sampai jadi macam ni Opel Frontera saya ni? beliau memberitahu kerja kerja yang dibuat oleh pomen sebelum ni terpaksa dimulakan dari mula semula, kerana memotong panel hadapan kereta ini boleh mengakibatkan chasisnya tidak teguh.(tak kena buat,tak lulus duduk atas jalan kereta aku ni). Haaa sudah,..penjelasan beliau lagi,dari memotong bahagian panel hadapan,lebih baik masukkan sedikit bahagian enjin ke dalam untuk keseimbangan kereta. Dan yang selebihnya tiada masalah dengan penguatkuasaan PUSPAKOM dan JPJ untuk mendaftar enjin tersebut. Saya berpuas hati dengan penjelasan beliau dan kerja kerja diteruskan kembali.

Panel hadapan "di silap mata" kembali.

Alhamdulillah, dah nampak ada sinar harapan.

100% kepercayaan kepada beliau.

Alhamdulillah, buat setakat ini saya berasa yakin dan meletakkan harapan 100% kepada beliau untuk menyudahkan kerja penukaran enjin pada Opel Frontera saya ini. Diharap dapat berjumpa di paparan seterusnya. -Sekian-

Gembira, Tapi Tak Lama.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersua kembali dalam paparan kali ini. Pada kali ini kisahnya ada lah berkenaan "kegembiraan yang tak lama".
Ia adalah disebabkan hasil kerja pomen saya yang sebelum ini hanya bertahan untuk "sekerat jalan" sahaja dalam menyelesaikan kerja@projek yang telah diberi kepada beliau. Dari segi payment tu tak payah nak diceritakan la disini,..yang saya boleh cakap,saya bayar habis kos yang dipersetujui bermula dari mula kerja sampai ke siap. Tapi kerjanya tetap tak menjadi,..dari sebulan ke sebulan,..tangguh menangguh,..last last terpaksa saya tarik balik kereta saya,..sebab dah "feed up". 1 tahun ni abg mie, apa cerita,..hampeh,..

Antara hasil kerja tangan beliau sebelum saya tarik bawa kereta saya balik kerumah semula.

Radiator dengan tangki air-cond pun kena "spelek".

Happy time ni,..ingat kan dah tak lama dah kereta nak siap.

Bagi saya dah ok la ni.

Rupa rupanya sekerat jalan je keje.


Bagi saya, prosesnya dah menarik dah,..tapi sekerat jalan,..tak siap! mana boleh tahan. -Sekian-

P/S : Nasihat saya kepada pomen pomen yang mencari rezeki dengan membuka workshop, jaga pelanggan anda. Jangan duk banyak hala ke perkara lain,..sayang pada bakat yang ada.

Wednesday 23 March 2011

Proses Membersih Ruangan Enjin.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Paparan kali ini adalah berkisarkan tentang proses membersihkan ruangan enjin. Setelah bahan "chemical" disembur dan dicuci dengan menggunakan minyak diesel dan air sabun, ruangan enjin disembur@dicat dengan bahan anti karat(cat tar) dan dicat dengan warna yang dimahukan.
Hasilnya adalah seperti yang anda semua dapat lihat : -

Ruangan enjin yang telah dicat.

Cat dari jenis Anchor dark green.

Panel hadapan.

Stereng rod dicat dengan warna merah.

Selesai proses mencuci dan mengecat ruang enjin.
Antara video clip yang sempat diambil selepas proses membersih dan mengecat dilakukan,..




Diharap dapat berjumpa di paparan yang akan datang. -Sekian-

Nadi Pengerak.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua yang sudi meluangkan masa untuk melawat blog ini. Pada ruangan kali ini, saya ingin menceritakan tentang pemilihan enjin yang saya yakini sesuai untuk diletakkan didalam ruang enjin kereta saya ini.
Antara senarai yang dibuat dan hasil pendapat dari sahabat yang memberi idea adalah seperti berikut : -

  • Enjin Isuzu Trooper model Big Horn(diesel engine hijau 2.5cc).
  • 4G63T dari Mitsubishi Lancer Evolution 3.
  • SR20 DET dari Nissan Silvia S15.
  • 1JZ-GTTE dari Toyota Supra.(pilihan saya)
  • 2JZ-GTE dari Toyota Supra.
  • Nissan RB25DET dari Nissan Skyline R33@R34.
  • Enjin Toyota Land Cruiser 4.0cc.
 Antara model half-cut pilihan : -
    Toyota Supra.

    Enjin 1JZ-GTTE.

    Nissan Silvia S13(SR20DET).

    Mitsubishi Lancer Evolution III(+/-RM8k,depan sahaja).

    Enjin 4G63T yang cukup "buas" dan berkuasa.


    Selepas semua aspek diambil kira, dari segi kos, prestasi, ruangan enjin, kesukaran pemasangan dan keselesaan pemanduan(samada jarak jauh atau dekat). Saya mengambil keputusan untuk menggunakan dan Half-Cut Toyota Supra 1JZ-GTTE(tanpa bercakap dengan pomen lebih dulu).
    Tetapi setelah sesi perbincangan dengan pomen yang bersetuju untuk menukar nadi penggerak kereta saya itu, beliau memberikan pandangan mengatakan bahawa enjin Nissan Skyline RB25DET lebih berkuasa dan proses pemasangannya pada kenderaan saya adalah lebih senang berbanding enjin enjin lain. Dan beliau sendiri pernah memasangkan enjin RB20DET pada kenderaan(sama model seperti kereta saya) pelanggannya yang terdahulu.
    Dari pandangan beliau itu, saya mengalah dan mula mencari half-cut dari model yang beliau cakapkan iaitu enjin RB25DET dari Nissan SkyLine dari model R33 GT-S. Pemilihan untuk mencari dan membeli half-cut dari model R33 adalah disebabkan model R34 lebih mahal harganya berbanding R33. Dengan harga hampir pencecah RM15k.
    Dengan modal yang tidak seberapa besar untuk merialisasikan impian saya ini, saya membeli half-cut Nissan Skyline R33 GT-S dengan enjin RB25DET yang berharga RM5k. Setelah direkemenkan oleh pomen yang diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjalankan kerja menukar nadi penggerak kereta saya ini. Keadaan half-cut  yang dipilih adalah amat baik dan bagus bagi saya setelah mendengar deruman enjin dari half-cut tersebut.

    Half-cut yang dibeli : -

    Nissan SkyLine R33 GT-S(RM5k).

    RB25DET.

    Paparan dashboard R33.

    Setakat ini sahaja paparan untuk kali ini. Diharap bertemu kembali dengan paparan perjalanan kisah modifikasi standard ini di paparan yang akan datang. -Sekian-

    Monday 21 March 2011

    Proses Penukaran Enjin.

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
    Nukilan dan coretan pada kali ini adalah berkisahkan tentang penukaran nadi pengerak Opel Frontera kepunyaan saya ni dari enjin asal(stock engine), 2.5TDS(Turbo Diesel System) kepada engine RB25DET dari model Nissan SkyLine GT-S R33.
    Antara sebab mengapa proses penukaran engine ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah "Fuel Pump Diesel" jenis "Electronic Throttle Sensor" yang amat sukar untuk diservis dan dibaiki di Malaysia(jika ada sesiapa yang berkebolehan untuk membaiki masalah tersebut,boleh contact saya).
    Dalam proses menukar nadi penggerak ini bermacam macam masalah yang terpaksa dihadapi oleh saya. Antaranya adalah masalah yang berkaitan dengan "pomen",..cakap tu bukan main berapi,..itu boleh,ini boleh,..semua boleh,..last, last apa yang boleh pun tak tahu la,..bila kereta dah hantar,harga untuk proses penukaran enjin pun dah "nego",..kerja bukan main liat lagi,..kalau bab duit,..hmm malas nak cerita la,..
    buat sakit hati,..akhir sekali kerjanya tak menjadi jadi. Lepas sebulan, sebulan,..kesan pun takde pada kereta Opel Frontera saya tu,..
    Tengok gambar la pulak ek :-)

    Ruangan enjin yang telah dikosongkan.

    Enjin asal dikeluarkan untuk proses seterusnya.

    Ruangan enjin disembur bahan "chemical" untuk membuang kotoran.

    Dicuci menggunakan minyak diesel dan air sabun.
    -Sekian-

    Sunday 20 March 2011

    My Ride at Edut Workshop(Kota Timur) Kota Bharu.

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
    Bertemu kembali. 
    Paparan kali ini adalah untuk menceritakan masalah yang dialami pada peringkat awal yang menyebabkan kepada berlakunya kerja dan proses penukaran enjin Opel Frontera ini.
    Pemilik bengkel Kota Timur memberitahu kereta saya ini mengalami masalah 'diesel fuel pump', dimana bekalan minyak tidak dapat dipam dari tangki minyak kepada enjin yang menyebabkan enjin tidak dapat untuk dihidupkan.


    Fuel pump problem.

    Stock engine.


    Crank pulley oil seal leaking.
    -Sekian-

    Opel Frontera 2.5TDS(Tahun 1997).

    Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. 
    Kemunculan buat pertama kalinya dia alam maya bertujuan untuk berkongsi dan menimba pengalaman dan mencari kenalan yang ingin berkongsi apa jua pengalaman yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian :-)


    Opel Frontera 2.5TDS.

    Plate Registration : DAD181
    Made : Opel
    Model : Frontera
    Chassis Code : SED54
    Engine Code : V141
    Engine Type : 2.5TDS (Turbo Diesel System)
    Year : 1997
    Year Registration : 03/05/1997(Saturday)
    Status : New imported vehicle

    Interior Opel Frontera year 1997(Malaysian market).

    ODO/VDO meter.

     at TyreMan Machang.
    Dalam proses tukar tayar dan rim "sukan".



             - Bottom  
    -Sekian-